Thursday, August 18, 2016

idea cerita

Kisah kita terlalu mustahil untuk menjadi kenyataan
kau dan aku tahu yang kita tidak punya pengakhiran
kita hanya sepasang hati yang terapung antara realiti dan mimpi
dan tiada siapa yang bisa berjanji
akhiran kita murni!

Dua pertiwi yang terpisah itu
Selat penghubung ditengahnya
umpama hati kita yang terpisah
lantaran jarak,masa dan budaya
hati kita terlalu dekat
tetapi realiti tak seindah impian kita

kau dan aku terlalu beza
umpama menanti kucing bisa berbicara manusia
untuk melihat kita bersama

kisah kita terlihat indah
di mata manusia
umpama cerita dongeng
yang menjadi khayalan anak muda
sedang realitinya
kau dan aku,
temannya hanya air mata
tak bisa dekat
tak bisa menyatu
tak bisa bersama


saat kau aku terima
aku hanya percaya pada cinta sejati
tanpa aku sedari
dibelakangmu terlalu banyak tanggungjwab yang menantimu
terlalu banyak di atas bahumu
dan aku,terlalu ego untuk memilik mu seorang
dan kini,bila realiti menghimpitku
aku sedar aku kian kehilanganmu
kehilangan yang aku sedar
takkan kembali

Wednesday, August 17, 2016

Ini kisah kau dan aku..

kisah panjang yang tak tahu dimana akhirnya
dan hari ni,kau noktahkan hubungan kita
dan aku,pedih..sakit..tp..tiada air mata yan tertitis
kerana janjiku

jarak kita berbexa
umur
lokasi
status,,,
tapi waktu dulu tak pernah kau soalkan beza itu

kau bilang
aku bisa bersama siapa sahaja..tapi bila aku lelah
terluka
pulanglah disisimu
kerana kau sentiasa ada disisiku,untuk aku.

salahkah aku,kerana percaya pada janjimu
salahkah kau,kerana mungkir pada janji itu
aku tak sanggup memandang kenyataan

dan kau hilang umpama debu
yang ditiup pergi
tanpa sebarang ksesan
kau ghaib!

18/8/2016
xylu infra vs aisyah